October 14, 2011

Mi Rebus ala Mama Olynn

Selera nk mkn nasi dah makin merundum kebelakangan ni... Fikir punye fikir, tibe2 dpt idea nk bt mi rebus lak pg td.... untuk lunch dan jugak dinner hari ni... rasenye leh bwk smpi breakfast sok pg ni... hehehheeh. Senang je buat dia.... Kite tgk resepi kt bawah ni ye...


Mi Rebus Ala Mama Olynn

Bahan-bahan :

1 kilo mi kuning (dicelur air panas)

Utk kuah :
300g daging (direbus dgn sedikit garam dan gula) bersama air rebusan
2 biji kentang (buang kulit, rebus dan blend sehingga halus)
1 senduk rempah kari daging
1 genggam udang kering (rendam, bersihkan dan blend)
Daun sup & daun bawang (potong dalam 1cm)
Bawang besar & bawang putih (hiris)
1 kotak kecil santan (saya lbh suka gunakan santan kotak ye!)
Gula & serbuk perasa

Utk hiasan :
Taugeh (dicelur)
Telur rebus
Limau Kasturi
Cili merah & hijau (hiris bulat)
Daun sup & daun bawang (dihiris)
Bawang Goreng

Penyediaan (kuah) :
1. Bancuh rempah kari bersama daun sup & daun bawang, bawang putih dan bawang besar.
2. Tumiskan bancuhan rempah.
3. Apabila rempah garing, masukkan udang kering yang telah dikisar dan kacau seketika
4. Masukkan kentang yang telah dikisar dan kacau
5. Masukkan air rebusan daging beserta daging yang telah dihiris dan biarkan mendidih
6. Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih. Jika terlalu pekat, boleh ditambah air.
7. Masukkan serbuk perasa dan gula secukup rasa. Tak perlu masukkan garam kerana air rebusan daging dah masin.

Lepas tu mi boleh dihidangkan bersama bahan-bahan hiasan yang dicadangkan di atas...

October 07, 2011

Mi Goreng Ala Hailam

Hari ni keje mlm... perut lapar. Yang ada kt dapur tu lauk asam pedas ikan terubuk yg masak semalam. Alamak... x seleranye. Tgk jam dh kul 7. Masuk keje  balik kul 8. Nk masak ape yg ringkas & seme blh mkn essp budak2 ye... Teringat ade beli mi kuning semalam. Goreng je lah. Disbbkan nk bg budak2 mkn skali, goreng je ala hailam. Letak udang & fishcake byk2 mesti ank2 suke... Main campak2 je akhirnye ni la hasilnye...


OK... ni resepi dia... blh la ubah ikut suke ye. Ni version saye.... 


Mi Goreng Ala Hailam

Bahan-bahan:

500g Mi kuning
5 sudu sos tiram (lebih pun xpe. ikut suke)
segenggam udang
sekeping fishcake - potong nipis
kicap cair (saye gune kicap cair POPO)
2 pokok sawi jepun (dipotong dalam 2 cm)
1/4 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1 biji telur
serbuk perasa
sedikit air

Cara penyediaan:
1. Tumis bawang besar & bawang putih yang telah dihiris
2. Setelah garing, masukkan sos tiram
3. Masukkan fishcake dan udang
4. Kacau sehingga udang separuh masak
5. Masukkan sedikit air. Jangan byk sangat. Nanti jadi mi hailam.
6. Tambahkan kicap cair dan serbuk perasa. (boleh tambah garam jika suka lebih masin)
6. Masukkan telur. Biarkan seketika.
7. Masukkan mi kuning (yang telah direndam utk hilangkan kapur dan ditos) dan sawi jepun.
8. Kacau rata. Jika terlalu kering, tambahkan air & oyster. Kemudian, masak sehingga sebati.

Dah siap pun. Masa penyediaan rasenye x sampai 15 minit pun. Ank2 berebut makan sampai x cukup. Maybe mmg selera budak2 mcm ni kot. Tak pedas. :)

OK... selamat mencuba ye kawan2....