Ni la dia hasil eksperiman hari tu... sgt simple tapi boleh tahan sedap la... (puji diri sendiri... hehehe)
OK... meh kite tengok resepi dia...
Ayam Goreng Rendam
Bahan-bahan
1 kiub ayam
1/2 ekor ayam
1 cawan tepung goreng ayam (saye gune tepung Kentucky yang harga rm1.20 tu)
3 tbs tepung jagung
1 tbs pepper/blackpepper
Penyediaan
1. Larutkan kiub ayam di dalam air. kuantiti air bergantung kepada kuantiti ayam sebenarnye.
2. Rendam ayam di dalam larutan air kiub ayam selama lebih kurang setengah jam (kurang pun takpe)
3. Panaskan kuali. Pastikan anda menggunakan minyak yang banyak sebab ayam ni perlu di deep fry.
4. Campurkan tepung goreng ayam, tepung jagung dan pepper di dalam satu bekas. (tray pun boleh)
5. Apabila minyak betul-betul panas, kecilkan api.
6. Kuarkan seketul ayam dari rendaman, tos sedikit, dan golekkan di atas campuran tepung.
7. Masukkan ke dalam kuali. Ulang sehingga kuali penuh, dan besarkan semula api.
8. Goreng hingga keemasan
Senang kan. Saje je bagi name ayam goreng rendam sbb salah satu step penyediaan adalah dengan merendam ayam tu dulu... hehehe...
OK. Selamat mencuba dan menjamu selera!
leh try ni. nampak sodap. anak2 suke ayam goreng gini
ReplyDeletetry la.. sgt2 sng.. sdp lak tu. budak2 suke la....
ReplyDelete