Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

October 16, 2012

PETUA: ELAK MATA PEDIH KETIKA KUPAS BAWANG.

Ramai yang hadapi masalah ni termasuklah saya. Setiap kali nk kupas bawang, mesti berjuraian air mata. Mcm orang kena dera pulak. Alhamdulillah la jumpe petua ni. So, dapat la saye share dengan anda semua... Bace ye!

• Untuk mengelak masalah ini, anda rendamkan dulu bawang yang hendak dikupas itu ke dalam bekas berisi air, (anda juga boleh mengupas terus bawang yang direndam tadi di dalam air jika mahu).

• Ada satu cara lagi, anda boleh simpan bawang yang hendak digunakan esok hari di dalam peti sejuk tanpa mengupas kulitnya. Keesokkan harinya anda boleh mengupas dan memotong bawang tersebut tanpa mata rasa pedih dan berair.

InsyaAllah mudahan berhasil. Cubalah....

petua @ https://www.facebook.com/rahsiaperkahwinan

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

August 10, 2011

TIPS : How To Be A Great Chef

CHEF - satu gelaran yang sangat hebat pd saye... ni adalah angan2 saye (bukan cita2 ye dulu) sejak dari sy tau mcmn nk masak... Ohmai... bestnye kalau saye ni sorg chef terkenal dan hebat mcm Jamie Oliver ke Nigella Lawson ke... Anna Olson ke kan... Bestnye.....



OK... Tips ni saye ceduk dari tips yang diberi oleh Chef Sabri di laman web TryMasak....



Bagaimana Untuk Menjadi Chef yang Hebat


1. Untuk menjadi Chef yang hebat, anda perlu MINAT dan MAHU memasak. Tukang masak dgn sikap yg positif dpt bekerja dgn pantas, berkesan, bersih dan selamat.

2. Food service memerlukan STAMINA fizikal dan mental, kesihatan yg baik dan kesanggupan utk bekerja keras dalam jangkamasa yang panjang. Kite mungkin perlu memasak sewaktu orang lain bersantai dan bersukaria...

3. Tugas penyediaan makanan adalah satu TEAMWORK. Jadi kite seharusnya boleh bekerja dalam kumpulan dan boleh bekerjasama dengan org lain.

4. Kite perlu ada sikap taksub untuk BELAJAR dan MENCUBA resepi2 baru. Chef yang baik akan sentiasa belajar untuk meningkatkan kemahiran diri dan menambah pengalaman mereka.

5. Dapatkan PENGALAMAN sebanyak mungkin dengan cara belajar (secara formal atau x formal) dan mencuba dan apply apa yang telah dipelajari... semakin rajin kite practice, semakin byk pengalaman yang kite akan dpt...