April 08, 2011

Roti Jala ala Mama Olynn

Hehe... ape beza roti jala mama olynn ngan roti jala biase ? roti jala mama olynn mcm2 kaler ade dik... sesuai nk tarik perhatian bdk2 essp bdk2 yg susah sgt nk mkn....


 


ROTI JALA ala MAMA OLYNN

Bahan-bahan
500g tepung gandum
1 biji telur
3 tbs margerin
3 tbs susu cair
Air (mengikut kepekatan)
Garam secukup rasa
Pewarna (sebarang warna pilihan anda)

Kaedah
1. Blendkan semua bahan sehingga sebati dan tidak berketul-ketul.
2. Dengan menggunakan peralatan yg betul, jalakan tepung di atas kuali leper.

Notes : roti jala ni sedap di makan dengan kari ayam / kari daging.... resepi nanti2 la ye... xde gambar la nk attach skali... :)

April 06, 2011

Potato Bread

Resepi ni sy amek dari fotopages Rinnchan. Antara blog masakan yg menjadi fav saye. Resepi dia seme best2 dan menjadi. Senang lak tu... 

Actually, dh byk kali dh bt potato bread ni. Mmg suke. Sy suke, mr hubby suke, mumy suke.... so, sy cari la resepi. Nasib baik jumpe yg sng cani.... Dulu slalu beli potato bread ni kt Tesco. Tp skang ni dh xpyh beli dah.. buat sniri jek... :)



Ni resepi dia....
(disebabkan malas nk menaip, saye copy dan edit dari fotopages rinnchan jek... sori ye rinnchan. tq!)

ROTI KENTANG (POTATO BREAD)
Sumber : Onigiri@meresipi.com

Bahan-bahan:

300gm tepung berprotein tinggi (tepung gandum la tu...)
2 tsp yis segera
3/4 tbs susu tepung
3/4 garam halus
50gm-70gm gula castor
60gm kentang lecek (kalau suke kentang lebih leh tmbh ye...)
1/2 biji telur (1/2 lagi boleh diguna untuk menyapu roti )
135ml air sejuk dari petiais
30gm mentega

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk pengadun. Putar sebentar. Masukkan telur dan kentang lecek. Teruskan memutar sambil menuang air sedikit demi sedikit. Putar selama 20min dengan kelajuan sederhana.
2. Masukkan mentega dan putar lagi selama 10min sehingga doh menjadi elastik.
3. Bulatkan doh dan perap sehingga doh kembang 2 kali ganda selama 1jam. Tumbuk untuk membuang udara terperangkap.
4. Bulat-bulatkan menjadi 16 biji bebola yang sama saiz. Susun ke dalam loyang 7"x7" yang telah disapu mentega. Biarkan ia naik selama 45min lagi.
5. Gliskan permukaan roti dengan telur dan paipkan kastad seperti dalam gambar.
6. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 20min atau sehingga masak. Sekiranya permukaan roti sudah keperangan sebelum 20min, tutup suis oven tapi biarkan roti di dalam oven sehingga cukup 20min.
* Kalau tak menggunakan mixer atau bread machine, boleh juga menguli sendiri dengan tangan ya.... 

CUSTARD CREAM
Bahan-bahan:

1 tbs tepung gandum
1 tbs tepung custard atau tepung jagung
4 tbs gula castor/gula pasir
1 cup susu segar (250ml)
1 biji telur (gred A) atau 2 biji kuning telur
Secubit garam halus
1 tbs mentega

Cara-cara:
1. Bancuh tepung, gula dan garam dengan menuang susu sedikit demi sedikit. Teruskan membancuh supaya tidak berketul.
2. Masukkan telur dan kacau sebati.
3. Masak di atas api sederhana sehingga likat. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. Apabila sudah likat. angkat dari api dan masukkan mentega. Kacau rata dan sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam piping bag. 

Blackpepper Chicken Rice

Mcm biase... sy mmg suke mengubah mane2 resepi ikut keselesaan dan kesenangan sy bile nk bt nanti... Resepi ni lebih kurang same je ngan resepi basic bagi mane2 nasi ayam... tp sy ubah ikut selera dan cara saye....



Langkah 1 :
Bahan-bahan
1 ekor ayam (belah dua boleh, belah 4 boleh, x belah pun boleh)
3 buku bawang putih (hiris)
1 buku bawang besar (hiris)
sedikit halia yang dimayang
Air
Garam dan ajinomoto

Kaedah
Masukkan semua bahan ke dalam air, kemudian rebus sehingga mendidih. Masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa.


Langkah 2
1. Keluarkan ayam dari sup dan toskan di dalam tapis.
2. Blend bersama sedikit bawang putih, halia, bawang besar
3. Masukkan ayam dalam satu mangkuk besar, kemudian gaulkan dengan bahan-bahan yang telah diblend
4. Tambahkan blackpepper secukupnya
5. Letak sedikit garam dan gula secukup rasa.
6. Perap seketika

Langkah 3
Bahan-bahan
3 pot beras
Sup ayam (dalam langkah 1) - sukat mengikut sukatan air untuk beras.
Serbuk kunyit

Kaedah
Basuh beras. Masukkan dalam periuk nasi. Masukkan sup ayam (jangan masukkan ayam skali ye) mengikut sukatan beras yang sesuai. Letak sedikit serbuk kunyit (utk kuningkan warna nasi). Masak.


Langkah 4
Sementara tunggu nasi masak, gorengkan ayam yang telah diperap. Tak perlu goreng lame sgt sbb ayam mmg dh masak mase kite rebus tadi.


Langkah 5
Bahan-bahan
Cili merah hidup
Bawang putih

Kaedah
Blend cili merah dengan bawang putih bersama sedikit air. Didihkan didapur. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Jangan terlalu byk air. Takut cair.


Langkah 6
Ambil sedikit sup dan asingkan di dalam satu mangkuk kecil. Tambahkan sedikit kicap masin. Campuran ni kite gunakan utk jirus atas ayam nanti.....


Bile dah selesai semua langkah... nasi pun dah masak... so, ape lagi... decorate lah ikut selera masing-masing.... dan boleh dihidangkan.... Sekian!

Kentang Afrika

Ni resepi ciptaan bonda tercinta... very simple dan sedap...


Bahan-bahan


6 biji kentang (buang kulit dan potong epal)
2 biji bawang besar (potong epal gak)
1 senduk cili kisar
kicap masin
garam (jika perlu)
1 tbs gula

Kaedah
1. Goreng kentang yang dah dipotong epal sehingga masak dan ketepikan.
2. Tumis cili kisar hingga garing
3. Masukkan sedikit garam (jgn byk nanti masin sbb kite akan letak kicap), ajinomoto (xyah pun xpe) dan sesudu gula.
4. Kacau sebati.
5. Bila cili dah garing, masukkan kentang yang sudah digoreng tadi. Kacau separuh sebati.
6. Masukkan bawang yang sudah dipotong epal
7. Masukkan kicap secukup rasa dan kehitaman. Gaul sebati.

Senang sgt kan? Try lah... sodappppp!!!