October 30, 2012

Muffin Pisang dengan Almond & Choc Chip

Last week beli pisang. Sekali tu blh terlupa pulak. Last-last lembik macam tu je pisang tu. Nak buang sayang. Separuh dah buat cekodok. Separuh lagi tak tau nak buat apa. Tiba-tiba en suami request muffin pisang. Ok jugak. Saya sebenarnya tak suka kek pisang. Tapi bila en. Suami dah cadangkan, why not? Sekali-sekala kan.

Explore punye explore saya pilih resepi dari blog Mat Gebu. Very simple recipe. Tp disebabkan saya bukan penggemar kek / muffin pisang, saya improvise resepi ni sikit biar ikut citarasa saya. Bkn improvise ape pun. Just tambah choc chip & chunked almond je sikit. Not bad! Akhirnya saya berjaya menghasilkan muffin pisang yang dan lembut.

Ok jom kita layan resepi.

RESEPI : Muffin Pisang dengan almond & choc chip
Resepi asal : blog Mat Gebu (http:\\tiffinbiru.blogspot.com)

Bahan-bahan :
1 1/2 cwn tepung gandum
1 tsp baking powder
1/3 tsp garam halus
3/4 tsp soda bika
(semua bahan di atas hendaklah digaul dan diayak.)
3 biji pisang emas dilecek (tak halus sgt pun xpe. Lebihkan pisang jika menggunakan pisang yang kecik.)
1 tbs mayonnaise
1 biji telur gred b
1/2 cwn gula halus
1/3 cwn minyak masak

Penyediaan :
1. Panaskan oven 180 celsius
2. Dalam satu bekas, satukan telur, mayo dan gula. Pukul sebati menggunakan wisk.
3. Masukkan pisang dan minyak. Kacau rata.
4. Masukkan bahan-bahan kering yang telah diayak. Balik kaupkan sehingga sebati. Jangan kacau terlalu lama.
5. Sudukan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 penuh.
6. Bakar selama 20 minit.

Simple kan? Selamat mencuba ye kawan-kawan!


October 16, 2012

PETUA: ELAK MATA PEDIH KETIKA KUPAS BAWANG.

Ramai yang hadapi masalah ni termasuklah saya. Setiap kali nk kupas bawang, mesti berjuraian air mata. Mcm orang kena dera pulak. Alhamdulillah la jumpe petua ni. So, dapat la saye share dengan anda semua... Bace ye!

• Untuk mengelak masalah ini, anda rendamkan dulu bawang yang hendak dikupas itu ke dalam bekas berisi air, (anda juga boleh mengupas terus bawang yang direndam tadi di dalam air jika mahu).

• Ada satu cara lagi, anda boleh simpan bawang yang hendak digunakan esok hari di dalam peti sejuk tanpa mengupas kulitnya. Keesokkan harinya anda boleh mengupas dan memotong bawang tersebut tanpa mata rasa pedih dan berair.

InsyaAllah mudahan berhasil. Cubalah....

petua @ https://www.facebook.com/rahsiaperkahwinan

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

July 23, 2012

Siakap Sweet Sour


1 st day puasa hari tu tibe2 teringin nk berbuka dengan nasi berlauk. Pg2 lepas sahur terus g pasar borong ngan incik suami utk dapatkan seafood murah2. Sekali tu tgk makin mahal pulak. Mentang2 la nak puasa & hari cuti. Seme nak naik harga. Ok saye dah mule mengarut. Back to our topic... 1st berbuka tu saya masak lauk Siakap Sweet Sour dan Sambal Petai Udang Harimau (yg ni next resepi ok).

So, ni resepi Siakap Sweet Sour saye. Maaf la ye. Daku x punye kamera canggih serta kepakaran fotografi yang tinggi. Gambar biase2 je amek guna Blackberry. Ni tgh pasang azam utk dptkan 1 DSLR utk diri sendiri. Pastu nanti baru leh apply ilmu fotografi yg ade sket2 ni... ;)

Siakap Sweet Sour
Resepi asal diri sendiri


Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap
1 tsp garam
1 tsp serbuk kunyit

3 tbs cili kisar
5 tbs sos tomato
1 cawan air
1 ulas bawang putih (mayang)
Halia (mayang)
Kobis bunga
Bawang besar (potong epal)
Carrot
Tomato (belah 8)
Cili hijau / Capsicum
Garam & serbuk perasa
1-2 tbs gula pasir

Penyediaan :
1. Gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit
2. Goreng di dalam minyak yang banyak sehingga masak (deep fry) dan ketepikan.
3. Panaskan 3 sudu minyak goreng ikan tadi.
4. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau
5. Masukkan cili kisar dan masak sehingga garing
6. Masukkan sos tomato dan kacau. Kemudian masukkan air dan kacau sebati. Biarkan mendidih.
7. Sambil tu masukkan garam, serbuk perasa dan gula.
8. Apabila sos dah mendidih, masukkan semua sayur (kobis bunga, bawang besar, carrot, tomato & cili). Kacau jangan sampai sayuran terlalu masak.
9. Tutup api dan tuangkan sos ke atas ikan.

Dah siap. Ekceli air tu x semestinya tuang sampai habis 1 cawan. Ikut kepekatan yang kite nak. Nak tambah air pun boleh. :)

Selamat mencuba!

Mi Kari Seafood

Alhamdulillah... selesai sudah hari ke-3 Ramadhan. Sejak mumy sakit, tugas penyediaan makanan kt umah ni mmg hundred percent di bawah tjwb saye... Pening gak kepale essp time bulan puasa ni nk memikirkan juadah ape yang nak disediakan utk family. Malas fikir pjg, hari ni saye buat mi kari je. Mcm biase, saye yang mmg x baper suke follow mane2 resepi, dah mencipta resepi sendiri ikut sesukahati je... hehehe... just tgk bbrp blog resepi utk dptkan basic dia, then ini lah hasilnye...



Mi Kari Seafood
Resepi asal : Tuan punye badan




Bahan-bahan


Bahan kisar :
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cm halia
1/2 batang serai
Segenggam udang kering (rendam)

2 senduk rempah kari daging (saya guna rempah kari daging Babas)
rempah tumis
1/2 batang serai
2 tangkai daun kari
1 kotak kecil santan / sebiji santan kelapa
Udang
Sotong
Fishcake
Sawi
garam
serbuk perasa
1 tsp gula

1 kg mi kuning

Hiasan :
Telur rebus
Daun Sup
Tauhu (digoreng)
Taugeh (dicelur)
Bawang Goreng

Penyediaan
1. Blend bahan2 kisar dan campurkan ke dalam rempah kari. Tambah air dan kacau sehingga menjadi pes.
2. Tumis pes kari bersama serai, daun kari dan rempah tumis sehingga garing.
3. Setelah garing, masukkan udang, sotong, fishcake dan sebarang seafood dan tambahkan sedikit air. Kuantiti air bergantung kepada kepekatan yang anda inginkan.
4. Setelah mendidih, masukkan santan. Tambah air jika perlu. Biarkan seketika sehingga mendidih.
5. Kemudian, masukkan sawi, garam, serbuk perasa dan gula.
6. Biarkan didih seketika & matikan api.
7. Basuh mi kuning sehingga bersih dan lalukan air panas. Tak perlu celur dalam air panas ye.
8. Masukkan ke dalam mangkuk dan hias dengan bahan-bahan hiasan.

Pastu bila nak makan boleh la letak kuah ye kawan2... Ok dah siap mi kari saye... Meh la cuba kalau nak tau sedap ke x sedap... ;)


April 08, 2012

Custard Pudding With Cocktail

Dah lame x buat puding ni. Tibe2 semalam incik suami berkias2 lak. "Kalo esok (ahad) sambil2 rehat kt umh, dpt mkn puding koktel pun sdp kan". Utk tidak menghampakan permintaan dia, mlm smlm gak sy buat kastard dia. Dan pg td siapkan kuah.

Ekceli simple sgt2 nk bt puding ni. Sy dulu pun main cuba2 ikut sukahati je. Ni sy share resepi dia k...

Resepi : Custard Pudding With Cocktail
Sumber : ciptaan sendiri

Bahan-bahan (puding kastard):
1 cwn tepung kastard
4 1/2 cwn air
1 tbs gula
Secubit garam

Penyediaan :
1. Campurkan semua bahan dalam satu periuk.
2. Kacau rata sehingga tiada tepung kastard yg berketul
3. Panaskan di atas api sambil kacau tanpa henti sehingga campuran menjadi likat dan berkilat.
4. Masukkan ke dalam bekas puding dan sejukkan.

Bahan-bahan (kuah puding) :
1 tin susu cair
2 1/4 tin air
1 cwn gula
2 tbs tepung kastard

Penyediaan :
1. Campurkan semua bahan di dalam satu periuk
2. Kacau rata
3. Masak sehingga mendidih. Kacau sekali-sekala.
4. Sejukkan sebelum makan.


** cadangan penyediaan : letakkan puding kastard di dalam mangkuk. Letakkan sedikit fruit cocktail dan nata de coco. Curahkan kuah. Puding sedap dihidang sejuk.

Simple je kan resepi ni. Selamat mencuba ye kawan-kawan!

April 07, 2012

Tomyam Thai Special

Selalunye saye buat tomyam guna pes tomyam atau kiub tomyam yg jual kat kedai2 tu je. Mmg x pernah try buat pes tomyam sendiri. Hasilnye mmg x memuaskan ati la kan. So, hari ni bila incik suami request nk mkn tomyam, terus sy surf kat internet resepi2 tomyam yg nmpk mcm sdp & sng nk dicuba. Dan akhirnya saye pilih satu resepi. Tomyam Thai Special name dia. Mcm biase, sy akan ubah resepi tu ikut kesesuaian dan availability bhn2 kt umh ni... :)

Ok. Saye bagi resepi versi saye la ye.

Resepi : Tomyam Thai Special
Sumber asal : mesra.net

Bahan-bahan :
250g udang
250g daging (hiris nipis)
250g sotong (saye x letak sbb xde)
1 btg carrot (potong pjg2 dan belah 8)
1 btg celery (potong serong)
2 biji tomato
100g cendawan tiram
1/2 buku kobis bunga
3 biji bwg besar (belah 4)
3 btg serai (ketuk2)
11 biji cili api (ketuk2)
7 biji limau kasturi (perah airnya sahaja)

Bahan kisar:
5 biji cili merah
1 btg serai
2 biji bwg bsr
1 biji bwg putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
2 biji tomato
** kisar semuanya sehingga lumat

Kaedah penyediaan :
1. Rebus daging bersama bahan kisar, garam dan perasa sehingga daging 3 suku masak.
2. Masukkan carrot dan serai
3. Apabila carrot hampir empuk, masukkan udang dan sotong.
4. Kemudian masukkan kobis bunga dan celery. 5. Masukkan cili api dan kemudian masukkan air limau nipis.
6. Biarkan seketika hingga mendidih dan padam api
7. Tambah garam dan perasa jika perlu

Ok. Dah siap. Senang kan? Ekceli boleh je kalau nk tmbh sayur2 yg lain.

Selamat mencuba kawan2!

March 30, 2012

Pasta Sup Tulang

Hari ni MC sbb smlm tgn sy kena gigit lipan. :( so, hari ni sy msk simple2 je walaupun sdg bercuti dek kerana x larat. Mata ni mengantuk sgt. Maybe sbb mkn ubat. Tgk dlm freezer ade tulang lembu yg beli kt pasar tani last week. Pastu teringat nk abiskan stok kentang sblm rosak xleh pakai. Tu yg bt sup tu.

Ok. Ni resepi sup saye...

PASTA SUP TULANG
Sumber : hasil campak2 je sbnrnye

Bahan-bahan :
300g tulang lembu (saye campur tetel sekali)
2 biji kentang (potong sup)
1/2 batang carrot (potong anggaran 2 jari dan belah 4)
1 biji bawang besar (potong bulat-bulat)
1 biji bawang putih
1 tbs rempah sup
1 pokok daun sup (potong anggaran 2 jari)
Garam, perasa & gula
Rempah tumis (tp saye x letak sbb saye mmg x suke rase herbs yang kuat. Kdg2 kalau letak pun sikit je)
Air
Segenggam pasta (saye guna macaroni)

Kaedah penyediaan :
1. Rebus tulang sehingga air tinggal separuh atau sehingga daging pd tulang tu empuk. Letak sekali garam dan sedikit gula.
2. Bila dah empuk, masukkan bawang putih dan bawang besar, dan tambahkan air.
3. Masukkan kentang dan carrot dan masak lg hingga kentang & carrot empuk.
4. Masukkan rempah sup.
5. Masukkan garam dan perasa dan biarkan didih.
6. Masukkan pasta, kecilkan api dan masak sampai pasta separuh masak.
7. Masukkan daun sup, tutup api dan tutup periuk. Biarkan daun layu dan pasta lembut dgn sendiri.

Ok. Selamat mencuba. :)

March 12, 2012

Daging Masak Kicap

Lunch hari ni buat daging masak kicap. Mmg plan dari smlm nk bt. So, td pg2 dh rebus daging. Balik je tengahari tadi terus la bersilat kat dapur. Potong daging, kentang, sayur (utk lauk sayur) dll.

Jom kite layan resepi dia ok.

Daging Masak Kicap
Resepi asal : Puan Olynn (saye le tu. Hehe..)

Bahan-bahan :
1/2 kilo daging
3 biji kentang (potong bulat)
1 biji bawang besar (potong epal)
1 biji bawang putih
Kicap
Sos Tomato

Penyediaan :
1. Rebus daging sehingga empuk dan kemudian potong kecil-kecil
2. Goreng kentang dan ketepikan.
3. Tumis bawang putih hingga naik bau
4. Masukkan sos tomato (lebih kurang 1 cawan) dan kacau.
5. Masukkan kicap (lebih kurang 1/2 cawan) dan kacau.
6. Masukkan sedikit stok (air rebusan) daging mengikut kepekatan yang dikehendaki
7. Tambah garam (jika perlu) dan perasa.
8. Masukkan daging dan kentang. Masak hingga sebati.
9. Boleh tambahkan air rebusan jika kuah terlalu pekat.

Akhir sekali, masukkan dalam mangkuk dan letak daun sup sebagai hiasan.

March 10, 2012

Easy Brownies


Brownies ni sy lum pnh bt lagi. Tapi si dara sunti saye yg buat. So easy sampaikan budak umur 6 thn pun boleh buat. Let's try the recipe...

Bahan-bahan :
4 tbs serbuk koko
250g butter
2 cawan gula castor (saye suruh dia kurangkan as usual sbb saye mmg x suke manis2 sgt)
3 biji telur - pukul hingga kembang
1 tsp esen vanila
1 cawan tepung serbaguna
1/4 tsp garam

Langkah-langkah :
1. Panaskan oven ke 175 celsius / 350 Fahrenheit
2. Cairkan butter dan serbuk koko atas api perlahan. Angkat
3. Masukkan gula, telur dan vanila. Kacau perlahan-lahan hingga sebati
4. Ayak tepung ke dalam adunan dan masukkan garam. Kacau sebati.
5. Bakar selama 40-45 minit.

Dah siap. Rase dia sgt chewy. Rasa coklat pun kuat. Sedap! Pandai anak dara mama... ;)
Oh ye... Untuk hiasan, boleh taburkan gula ising je atas brownies.

January 30, 2012

Nasi Hujan Panas a.k.a Nasi Minyak

Wah! Main hujan la pulak kite ye... weekend ari tu dpt request dari puteri sulong... nk mkn nasi minyak ngan kurma ayam... Alamak... boring pulak asyik tgk nasi minyak jek... baru je buat mase CNY hari tu. So, sy pun bt la Nasi Hujan Panas untuk si puteri. Same je pun resepi dia. Cume berbeza dari segi kaler je pun...


jom layan resepi dia....

Nasi Hujan Panas
Resepi asal : Mumy saye...

Bahan-bahan
6 cawan beras Basmathi
3 tbs minyak masak
3 tbs minyak sapi
3 tbs marjerin
1 biji bawang besar (saiz sederhana) - mayang
3 tbs halia kisar
3 tbs bawang putih kisar
3 tbs bawang besar kisar
2 tbs garam
2 tbs gula
1 batang kayu manis
sedikit rempah tumis (cengkih, buah pelaga & bunga lawang)
6 cawan air
1/2 tin susu cair
pewarna makanan (3 warna - saya pilih kuning, biru, hijau)

Penyediaan
1. Panaskan minyak, minyak sapi dan marjerin dalam rice cooker
2. Tumis bawang yang dimayang sehingga sedikit garing
3. Masukkan halia kisar, bawang putih kisar, bawang besar kisar, kayu manis & rempah tumis dan tumis hingga garing.
4. Masukkan air, garam dan gula. Biarkan mendidih.
5. Apabila mendidih, masukkan susu cair.
6. Kemudian masukkan beras yang telah dicuci dan ditos.
7. Biarkan nasi masak & kering. (sehingga rice cooker jadi "keep warm")
8. Apabila nasi dah kering, curahkan pewarna pada 3 tempat berbeza (1 warna 1 tempat)
9. Biarkan seketika supaya pewarna meresap. (tekan "cook" pada rice cooker)
10. Apabila rice cooker kembali "keep warm", kacau nasi. Warna akan jadi seperti di dalam gambar.

OK... mcm tu la kira-kiranye ye. Untuk lauk kurma ayam, saya akan buat dalam entry yang lain. Nasi ni sebenarnye same macam nasi minyak. Jadi sesuai jugak kalau kita makan dengan dalca, ayam masak merah, beriani daging dan lain-lain... :)

Selamat mencuba kawan-kawan!