resepi ni amek dari mumy. mmg senang sangat dan sedap. dah selalu sangat buat sampai dah hafal dah resepi dia...
Bahan-bahan :
untuk puding :
4 biji telur
1 tin susu cair
3/4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
untuk gula hangus (caramel) :
1/2 cawan gula pasir
sedikit air (1 atau 2 sudu)
Cara membuatnya
puding
kacau telur bersama gula hingga sebati. masukkan susu cair, air, garam dan esen vanila. kacau sehingga gula larut sepenuhnya.
ketepikan dahulu. sambil tu letakkan air pada kukus dan panaskan.
gula hangus (caramel)
masukkan gula pasir ke dalam cooking pan atau kuali. masukkan sedikit air (tak masukkan pun takpe). nyalakan api dan kacau gula tersebut sehingga ianya cair dan agak coklat (proses ni memerlukan kesabaran). Jangan berhenti kacau atau caramel anda tidak menjadi. Bila dah coklat kehitaman (jgn terlalu hitam. takut pahit) padam kan api.
masukkan caramel ke dalam bekas pyrex (loyang buat kek pun boleh tp pastikan tinggi, jgn rendah). sejukkan sebentar. apabila caramel telah keras, masukkan adunan puding (semua sekali).
masukkan ke dalam kukus dan masak dalam lebih kurang 15 minit atau sehingga masak. (nak pastikan sama ada puding telah masak atau tidak, cucuk dengan lidi. puding sudah masak jika ia tidak melekat pada lidi)
No comments:
Post a Comment