April 07, 2012

Tomyam Thai Special

Selalunye saye buat tomyam guna pes tomyam atau kiub tomyam yg jual kat kedai2 tu je. Mmg x pernah try buat pes tomyam sendiri. Hasilnye mmg x memuaskan ati la kan. So, hari ni bila incik suami request nk mkn tomyam, terus sy surf kat internet resepi2 tomyam yg nmpk mcm sdp & sng nk dicuba. Dan akhirnya saye pilih satu resepi. Tomyam Thai Special name dia. Mcm biase, sy akan ubah resepi tu ikut kesesuaian dan availability bhn2 kt umh ni... :)

Ok. Saye bagi resepi versi saye la ye.

Resepi : Tomyam Thai Special
Sumber asal : mesra.net

Bahan-bahan :
250g udang
250g daging (hiris nipis)
250g sotong (saye x letak sbb xde)
1 btg carrot (potong pjg2 dan belah 8)
1 btg celery (potong serong)
2 biji tomato
100g cendawan tiram
1/2 buku kobis bunga
3 biji bwg besar (belah 4)
3 btg serai (ketuk2)
11 biji cili api (ketuk2)
7 biji limau kasturi (perah airnya sahaja)

Bahan kisar:
5 biji cili merah
1 btg serai
2 biji bwg bsr
1 biji bwg putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
2 biji tomato
** kisar semuanya sehingga lumat

Kaedah penyediaan :
1. Rebus daging bersama bahan kisar, garam dan perasa sehingga daging 3 suku masak.
2. Masukkan carrot dan serai
3. Apabila carrot hampir empuk, masukkan udang dan sotong.
4. Kemudian masukkan kobis bunga dan celery. 5. Masukkan cili api dan kemudian masukkan air limau nipis.
6. Biarkan seketika hingga mendidih dan padam api
7. Tambah garam dan perasa jika perlu

Ok. Dah siap. Senang kan? Ekceli boleh je kalau nk tmbh sayur2 yg lain.

Selamat mencuba kawan2!

March 30, 2012

Pasta Sup Tulang

Hari ni MC sbb smlm tgn sy kena gigit lipan. :( so, hari ni sy msk simple2 je walaupun sdg bercuti dek kerana x larat. Mata ni mengantuk sgt. Maybe sbb mkn ubat. Tgk dlm freezer ade tulang lembu yg beli kt pasar tani last week. Pastu teringat nk abiskan stok kentang sblm rosak xleh pakai. Tu yg bt sup tu.

Ok. Ni resepi sup saye...

PASTA SUP TULANG
Sumber : hasil campak2 je sbnrnye

Bahan-bahan :
300g tulang lembu (saye campur tetel sekali)
2 biji kentang (potong sup)
1/2 batang carrot (potong anggaran 2 jari dan belah 4)
1 biji bawang besar (potong bulat-bulat)
1 biji bawang putih
1 tbs rempah sup
1 pokok daun sup (potong anggaran 2 jari)
Garam, perasa & gula
Rempah tumis (tp saye x letak sbb saye mmg x suke rase herbs yang kuat. Kdg2 kalau letak pun sikit je)
Air
Segenggam pasta (saye guna macaroni)

Kaedah penyediaan :
1. Rebus tulang sehingga air tinggal separuh atau sehingga daging pd tulang tu empuk. Letak sekali garam dan sedikit gula.
2. Bila dah empuk, masukkan bawang putih dan bawang besar, dan tambahkan air.
3. Masukkan kentang dan carrot dan masak lg hingga kentang & carrot empuk.
4. Masukkan rempah sup.
5. Masukkan garam dan perasa dan biarkan didih.
6. Masukkan pasta, kecilkan api dan masak sampai pasta separuh masak.
7. Masukkan daun sup, tutup api dan tutup periuk. Biarkan daun layu dan pasta lembut dgn sendiri.

Ok. Selamat mencuba. :)

March 12, 2012

Daging Masak Kicap

Lunch hari ni buat daging masak kicap. Mmg plan dari smlm nk bt. So, td pg2 dh rebus daging. Balik je tengahari tadi terus la bersilat kat dapur. Potong daging, kentang, sayur (utk lauk sayur) dll.

Jom kite layan resepi dia ok.

Daging Masak Kicap
Resepi asal : Puan Olynn (saye le tu. Hehe..)

Bahan-bahan :
1/2 kilo daging
3 biji kentang (potong bulat)
1 biji bawang besar (potong epal)
1 biji bawang putih
Kicap
Sos Tomato

Penyediaan :
1. Rebus daging sehingga empuk dan kemudian potong kecil-kecil
2. Goreng kentang dan ketepikan.
3. Tumis bawang putih hingga naik bau
4. Masukkan sos tomato (lebih kurang 1 cawan) dan kacau.
5. Masukkan kicap (lebih kurang 1/2 cawan) dan kacau.
6. Masukkan sedikit stok (air rebusan) daging mengikut kepekatan yang dikehendaki
7. Tambah garam (jika perlu) dan perasa.
8. Masukkan daging dan kentang. Masak hingga sebati.
9. Boleh tambahkan air rebusan jika kuah terlalu pekat.

Akhir sekali, masukkan dalam mangkuk dan letak daun sup sebagai hiasan.

March 10, 2012

Easy Brownies


Brownies ni sy lum pnh bt lagi. Tapi si dara sunti saye yg buat. So easy sampaikan budak umur 6 thn pun boleh buat. Let's try the recipe...

Bahan-bahan :
4 tbs serbuk koko
250g butter
2 cawan gula castor (saye suruh dia kurangkan as usual sbb saye mmg x suke manis2 sgt)
3 biji telur - pukul hingga kembang
1 tsp esen vanila
1 cawan tepung serbaguna
1/4 tsp garam

Langkah-langkah :
1. Panaskan oven ke 175 celsius / 350 Fahrenheit
2. Cairkan butter dan serbuk koko atas api perlahan. Angkat
3. Masukkan gula, telur dan vanila. Kacau perlahan-lahan hingga sebati
4. Ayak tepung ke dalam adunan dan masukkan garam. Kacau sebati.
5. Bakar selama 40-45 minit.

Dah siap. Rase dia sgt chewy. Rasa coklat pun kuat. Sedap! Pandai anak dara mama... ;)
Oh ye... Untuk hiasan, boleh taburkan gula ising je atas brownies.

January 30, 2012

Nasi Hujan Panas a.k.a Nasi Minyak

Wah! Main hujan la pulak kite ye... weekend ari tu dpt request dari puteri sulong... nk mkn nasi minyak ngan kurma ayam... Alamak... boring pulak asyik tgk nasi minyak jek... baru je buat mase CNY hari tu. So, sy pun bt la Nasi Hujan Panas untuk si puteri. Same je pun resepi dia. Cume berbeza dari segi kaler je pun...


jom layan resepi dia....

Nasi Hujan Panas
Resepi asal : Mumy saye...

Bahan-bahan
6 cawan beras Basmathi
3 tbs minyak masak
3 tbs minyak sapi
3 tbs marjerin
1 biji bawang besar (saiz sederhana) - mayang
3 tbs halia kisar
3 tbs bawang putih kisar
3 tbs bawang besar kisar
2 tbs garam
2 tbs gula
1 batang kayu manis
sedikit rempah tumis (cengkih, buah pelaga & bunga lawang)
6 cawan air
1/2 tin susu cair
pewarna makanan (3 warna - saya pilih kuning, biru, hijau)

Penyediaan
1. Panaskan minyak, minyak sapi dan marjerin dalam rice cooker
2. Tumis bawang yang dimayang sehingga sedikit garing
3. Masukkan halia kisar, bawang putih kisar, bawang besar kisar, kayu manis & rempah tumis dan tumis hingga garing.
4. Masukkan air, garam dan gula. Biarkan mendidih.
5. Apabila mendidih, masukkan susu cair.
6. Kemudian masukkan beras yang telah dicuci dan ditos.
7. Biarkan nasi masak & kering. (sehingga rice cooker jadi "keep warm")
8. Apabila nasi dah kering, curahkan pewarna pada 3 tempat berbeza (1 warna 1 tempat)
9. Biarkan seketika supaya pewarna meresap. (tekan "cook" pada rice cooker)
10. Apabila rice cooker kembali "keep warm", kacau nasi. Warna akan jadi seperti di dalam gambar.

OK... mcm tu la kira-kiranye ye. Untuk lauk kurma ayam, saya akan buat dalam entry yang lain. Nasi ni sebenarnye same macam nasi minyak. Jadi sesuai jugak kalau kita makan dengan dalca, ayam masak merah, beriani daging dan lain-lain... :)

Selamat mencuba kawan-kawan!

December 29, 2011

Ayam Goreng Rendam

Anak-anak nak makan ayam goreng. Teringat ayam goreng singgit yang jual dekat ngan rumah. Sedap ayam dia. Crispy sgt. Nk g beli dah tutup pulak... Hmm... nmpknye terpakse la mama goreng ayam sendiri kat umah... Tapi tu la... saye tak tau mcmn nk buat ayam goreng yang crispy mcm tu... Xpe... saye cube jugak bereksperiman dgn ayam setelah lambat dpt reply kat fb bile tanye mcmn nk bt ayam goreng rangup...

Ni la dia hasil eksperiman hari tu... sgt simple tapi boleh tahan sedap la... (puji diri sendiri... hehehe)





OK... meh kite tengok resepi dia...

Ayam Goreng Rendam

Bahan-bahan
1 kiub ayam
1/2 ekor ayam
1 cawan tepung goreng ayam (saye gune tepung Kentucky yang harga rm1.20 tu)
3 tbs tepung jagung
1 tbs pepper/blackpepper

Penyediaan
1. Larutkan kiub ayam di dalam air. kuantiti air bergantung kepada kuantiti ayam sebenarnye.
2. Rendam ayam di dalam larutan air kiub ayam selama lebih kurang setengah jam (kurang pun takpe)
3. Panaskan kuali. Pastikan anda menggunakan minyak yang banyak sebab ayam ni perlu di deep fry.
4. Campurkan tepung goreng ayam, tepung jagung dan pepper di dalam satu bekas. (tray pun boleh)
5. Apabila minyak betul-betul panas, kecilkan api.
6. Kuarkan seketul ayam dari rendaman, tos sedikit, dan golekkan di  atas campuran tepung.
7. Masukkan ke dalam kuali. Ulang sehingga kuali penuh, dan besarkan semula api.
8. Goreng hingga keemasan

Senang kan. Saje je bagi name ayam goreng rendam sbb salah satu step penyediaan adalah dengan merendam ayam tu dulu... hehehe...



OK. Selamat mencuba dan menjamu selera!


December 06, 2011

Easy Fudge Brownies

Name pun easy... memang very easy! rasenye anak saye yang umur 6 tahun pun boleh buat. Cuma campurkan semua bahan dalam 1 bekas, dan putar guna mixer. Actually brownies ni saye buat tanpa dirancang. Tibe2 hari tu mak saye x sihat. Jadi, saye amek emergency leave untuk jaga ank2 dan temankan mak yang tengah sakit. Bile boring, mule la bukak balik buku-buku resepi yang suami saye belikan sebelum-sebelum ni. Suami saye mmg rajin sangat belikan saye buku-buku resepi. Maybe sbb dia tau kesukaan bini dia ni... hehehe...

Selak punye selak, terjumpe lah resepi ni... ohmai... naper la saye boleh x nampak resepi ni sebelum ni. Asyik sibuk dengan tempahan pelanggan sampaikan saye terlupe kan hobi yang satu ni... :)

Brownies ni sedap! Rase coklat yang agak kuat... dicampur dengan rasa walnut.. dengan texture yang agak chewy dan padat. Rasenye ini boleh dikategorikan sebagai "Hidangan Dari Sorga". Yummy!!!

Resepi ni saye amek dari buku ni.... kat MPH ade jual.

Ok... ni resepi dia...

Simple Fudge Brownies
Rujukan : Buku Resepi CAKES oleh  Azza Pawanchik


Bahan-bahan
1 cwn tepung serbaguna (diayak)
1 tsp garam
2 cwn gula pasir
1/2 cwn serbuk koko
2 tsp esen vanila
1 cwn minyak sayuran
4 biji telur
1/4 cwn air sejuk
1/2 cwn walnut cincang (boleh tukar kekacang yang lain)

Penyediaan
1. Panaskan ketuhar ke 175 darjah celcius
2. Masukkan semua bahan mengikut turutan dan pukul sebati menggunakan mixer. Tidak perlu memukul terlalu lama.
3. Tuangkan ke dalam tin pembakar. Saya menggunakan tin pembakar bersaiz 8 inci untuk mendapatkan ketebalan seperti di dalam gambar.
4. Bakar selama 30 minit. (nota penting : jangan biarkan lebih dari 30 minit atau brownies anda akan menjadi terlalu kering dan rosak)

OK... selamat mencuba ye kawan2!